Sebelum menempuhi alam dunia, anak kita
menginap di satu tempat yang penuh kasih sayang, iaitu alam rahim. Di sini,
anak dan ibu adalah satu. Berkongsi rasa dan deria melalui satu pertalian ajaib
ciptaan Allah yang dipanggil tali pusat. Daripada tali pusat inilah juga anak
kita menerima makanan semasa dalam kandungan.
Sesudah lahir ke dunia, anak dan ibu dipisahkan secara zahir. Anak dan ibu
terpisah menjadi dua jasad berbeza. Rasa asing dan sunyi menerpa sang anak saat
pertama kali keluar dari tempat yang selama 10 bulan dihuninya.
Namun, dua jasad ini batinnya masih satu.
Sama seperti di dalam kandungan, masih berkongsi rasa, sejuk panas, debar
tenang, panik mahupun selesa bersama. Apakah pertalian ajaib kedua itu? Itu lah
penyusuan ibu. MashaAllah. Begitu indah perhubungan ini, sang anak yang tadi
menangis terus tenang didakap ibu. Anak comel yang tadi lapar menjadi kenyang
mendapat aliran susu ibu yang penuh barakah Allah itu.
MashaAllah sungguh indahnya penyusuan ibu
bukan sekadar itu. Ia ubat buat sang anak, penawar untuk kedukaan ibu. Anak dan
ibu terikat dalam perhubungan murni itu.
Penyusuan ibu adalah perintah yang difirmankan Allah dalam al-Quran; Surah
al-Baqarah ayat 233. Ia juga adalah Sunnah yang menjadi amalan ketika Rasul
junjungan kita, Nabi Muhammad SAW dibesarkan. Kata para ulama, pada setiap amalan sunnah
terkandung kunci kepada Sa’adah iaitu kebahagiaan.
Saidina Anas RA meriwayatkan, Rasulullah
SAW bersabda:
“Seseorang yang menyintai sunnahku adalah menyintaiku dan ia akan berada di
dalam syurga bersamaku.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Apabila berbicara soal sunnah Nabi, ramai antara kita beranggapan bahawa sunnah
itu sekadar amalan makan dan minum Nabi juga yang paling tersohor dan selalu
menjadi senda gurau di kalangan lelaki; sunnah kahwin 4, berpoligami. Amalan
sunnah Nabi SAW jika dilihat dari skop sebenar adalah sunnah adab, sunnah
ibadat dan sunnah fikir risau Nabi SAW terhadap ummatnya.
And,
what world are we living in today?
Kita ummat akhir zaman.
Zaman yang penuh kerosakan dan fitnah
dunia. Zaman di mana akhlak anak-anak muda kini makin susut nilai islaminya.
Semakin lama semakin hanyut dek arus duniawi. Akhirat ditinggal tepi. Era ini
amalan sunnah dipandang jelek, amalan bukan Islam dipandang penuh mulia.
Mahukah kita membesarkan anak-anak kita mengikut edaran arus ini atau berkorban
menentang arus kerosakannya?
Penyusuan ibu adalah salah satu sunnah yang
diamalkan sebagai satu usaha kita mentarbiyah dan membentuk sahsiah dan akhlak
anak-anak kita seawal 2 tahun pertama usianya. InshaAllah dengan sunnah ini,
anak-anak akan dibesarkan dengan penuh perhatian, kasih sayang dan keselamatan
dari ibu dan ayah.
Kita ummat akhir zaman yang hidup di zaman
yang penuh cabaran. Tetapi kita adalah ummat Nabi Muhammad, ummat yang paling
bertuah. Ummat ini diberi ganjaran berlipat kali ganda atas satu amalan.
Pada masa ini, jika seseorang Muslim tabah
menghidupkan satu sunnah Nabi SAW akan diberi ganjaran seratus mati syahid.
Allah telah meletakkan kejayaan di dunia
dan akhirat melalui kejayaan dalam agama. Kejayaan dalam agama tidak akan dapat
kita kecapi melainkan hanyasanya dengan mengamalkan cara dan sunnah Nabi dalam
kehidupan kita. Kita wajib menelusuri dan memahami pengorbanan dan perjuangan
Nabi Allah ini. Wajib bagi kita beramal dengan cara Nabi, hidup cara Nabi, dan
lalui apa yang Nabi kita lalui. Fahami dan amalkan sunnah Nabi.
Mari kita hidupkan Sunnah Nabi SAW sebagai panduan hidup kita. Semoga dengan
mengamalkan sunnah penyusuan ini, ia menjadi asbab terbukanya laluan kita ke
syurga.

Inn syaa allah may Allah ease everything...hidupkan sunnah..Keluarga bahagia..m
ReplyDeleteInn syaa allah may Allah ease everything...hidupkan sunnah..Keluarga bahagia..m
ReplyDeleteAaminn..breastfeed itu sunnah..bermujahadah untuk istiqamah
ReplyDeleteAaminn..breastfeed itu sunnah..bermujahadah untuk istiqamah
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu, nak tanya, sy baru 5 minggu mengandungkan 2nd baby. Baby 1st dah berumur 1 tahun 3 bln n masih fully bf. Cuma 2 minggu ni susu sy drop teruk sgt.skrg sehari sy cuma dpt pam 3oz je dan proses mengepam sgt menyakitkan. Sdgkan sejak dia masuk setahun sy masuk dpt pam 9 oz sehari. Walaupun xbyk, cukup la utk makesure stok cukup. Apa sy patut buat ye cikgu? Teruskan atau stop? Bhya x utk kandungan? Saya masih sygkan moment mnyusukn dia 😌
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu, nak tanya, sy baru 5 minggu mengandungkan 2nd baby. Baby 1st dah berumur 1 tahun 3 bln n masih fully bf. Cuma 2 minggu ni susu sy drop teruk sgt.skrg sehari sy cuma dpt pam 3oz je dan proses mengepam sgt menyakitkan. Sdgkan sejak dia masuk setahun sy masuk dpt pam 9 oz sehari. Walaupun xbyk, cukup la utk makesure stok cukup. Apa sy patut buat ye cikgu? Teruskan atau stop? Bhya x utk kandungan? Saya masih sygkan moment mnyusukn dia 😌
ReplyDelete