INDIKATOR
|
BAYI CUKUP SUSU
|
BAYI MUNGKIN TIDAK CUKUP SUSU
|
1. Air kencing bayi.
|
Sekurang-kurangnya
6 kali lampin basah dalam sehari. Air kencing jernih dan tidak pekat.
|
Bayi kurang
kencing atau mempunyai air kencing yang pekat dan kuning.
|
2. Najis bayi.
|
Najis berwarna
kuning cerah, sedikit berbiji dan lembut.
|
Najis sangat
sedikit dan berwarna kehijauan.
|
3. Berat badan
bayi.
|
Kenaikan berat
badan yang normal bagi bayi yang cukup susu adalah sekitar 400gm - 1kg setiap
bulan.
|
Kenaikan berat
badan yang sangat sedikit (kurang dari 400gm sebulan) dan tidak konsisten
setiap bulan.
|
4. Kekerapan
penyusuan.
|
Bayi akan menyusu
sekerap 8-12 kali dalam masa 24 jam.
|
Bayi tidak kerap
menyusu.
|
5. Pattern hisapan.
|
Pattern hisapan bayi secara perlahan dan mendalam semasa
penyusuan menandakan bayi mendapat susu yang mencukupi.
|
Pattern hisapan yang ringan dan laju-laju sepanjang
penyusuan menandakan bayi tidak mendapat kuantiti susu yang diperlukannya.
|
6. Bunyi menelan.
|
Melalui lekapan
yang betul anda dapat dengar dan lihat bayi menelan susu.
|
* Bunyi bayi
menelan susu tidak kedengaran.
|
7. Tona kulit
bayi.
|
Bayi yang cukup
susu mempunyai kulit yang sihat, pejal dan agak kemerahan dengan tona kulit
yang cantik dan segar.
|
Kulit bayi
kelihatan kering dan kusam.
|
8. Keadaan bayi.
|
Bayi yang
mendapat susu yang cukup kelihatan gembira dan lebih tenang. Bayi yang
kenyang akan tertidur selepas menyusu.
|
* Bayi sering
kelihatan resah, menangis dan tidak tidur lena.
|
9. Keadaan
payudara ibu.
|
Payudara ibu
lembut dan kosong selepas penyusuan.
|
Payudara ibu
masih keras dan penuh dengan susu walaupun selepas penyusuan.
|
Beberapa maklumat yang ditandakan dengan * adalah subjektif
dan memerlukan pemantauan yang rapi dari anda bagi menentukan kesahihannya.
Contohnya: * Bayi sering kelihatan resah, menangis dan tidak tidur lena.
Contohnya: * Bayi sering kelihatan resah, menangis dan tidak tidur lena.
Kemungkinan: 1.
Bayi kurang susu.
2.
Mungkin juga bayi mahukan perhatian, mahu lampinnya ditukar dan mahu dipeluk
ibu.
Maklumat di atas adalah sebagai garis panduan sahaja kepada anda
untuk menentukan bayi mendapat susu yang mencukupi. Nasihat saya agar anda
tidak terlalu risau memikirkan kuantiti susu yang dihasilkan, sama ada cukup
atau tidak cukup untuk bayi anda.
Kunci kepada penghasilan susu yang berterusan
dan mencukupi adalah dengan penyusuan yang kerap dan konsisten. Risau dan
stress pula boleh merencatkan pengeluaran susu. Jadi, kalau terlalu risau pun
tidak bagus ya ibu. Sebagai ibu menyusu, pastikan pengambilan air yang mencukupi dan pemakanan yang sihat.
Sertai Seminar PRAKTIKAL Mudahnya Menyusu cikgu kalau betul-betul nak berjaya menyusu. Seminar seterusnya di:
09 Mei - Seremban
10 Mei - Kelana Jaya
15 Mei - Kota Bharu
16 Mei - Kuala Terengganu
17 Mei - Kuantan
Daftar di sini: mudahnyamenyusu.gr8.com
Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow
.

This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalam..dimana lokasi seminar 9mei nanti?jika ada kelapangan sy nk hadiri sbb sy tggl d seremban..
ReplyDeleteAssalam..dimana lokasi seminar 9mei nanti?jika ada kelapangan sy nk hadiri sbb sy tggl d seremban..
ReplyDeleteCik Dina, 9 Mei 2015 @ Seremban, Hotel Seri Malaysia, Jalan Sg Ujong. Daftar di link: mudahnyamenyusu.gr8.com
Deletetq kongsi maklumat...
ReplyDeletetumpg link...
dpt ebook 70 formula rezeki...
diskaun rm100 dengan pembelian melalui link http://bit.ly/kuasarezeki